Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,
Segala
puji-pujian hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah
dua kata dalam Blog SMK Seri Ampangan ini. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan
kerana blogini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perancangan dan
pelaksanaan program yang telah direncanakan sepanjang tahun.
Dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, sekolah merupakan gelanggang yang utama dalam menjayakan segala aspirasi yang bertujuan untuk menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan dan memperkasakan potensi murid. Untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada mengharungi pelbagai kemelut dan cabaran. Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu menggariskan sasaran khusus yang dapat diukur melalui Indeks Prestasi Utama (KPI). Saya percaya para pendidik sentiasa siap siaga dengan memperkemas segala prosedur, sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI yang dipateri dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Generasi muda negara kita hari ini perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antara bangsa yang penuh dengan cabaran.
Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua warga pendidik dan
kakitangan pelaksana SMK Seri Ampangan agar saling bekerjasama, sentiasa
bersyukur dan bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar kini demi
melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa patriotik dan memahami
tanggungjawab membina masa depan negara. Semoga warga kerja SMK Seri Ampangan
akan terus mara ke hadapan dengan jiwa yang kental dalam menghadapi
transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global. Selamat Maju
Jaya!
Sekian,
terima kasih.
HJH SADARIAH BINTI MD. JALI
Pengetua
Cemerlang,
SMK
Seri Ampangan, Seremban
Negeri
Sembilan
Manis rasanya buah delima
ReplyDeleteMasak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan
please feel free to visit my website at http://gurukucemerlang.blogspot.my/