Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan
dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang
akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial, ekonomi dan politiknya.
Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang
sejajar dengan dasar itu, dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan
menggalakkan pembelajaran awam yang bersepadu, perhatian hendaklah diberikan
kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan
kemahuan ibu bapa mereka.
Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikhendaki
untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan termasuk
khususnya bagi satu sistem pelajaran dalam mana bahasa kebangsaan adalah
menjadi bahasa pengantar utama.
No comments:
Post a Comment